Pra Pendaftaran Sebagai Reseller Clixster


Contact form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Pengenalan Ringkas Starter Pack Clixster


Maklumat Pengguna yang menggabungkan data Jabatan Pendaftaran Negara dan Profil SIM Card

Apakah Itu Clixster?

merupakan satu penjenamaan baru dalam bidang telekomunikasi mudah-alih di Malaysia. Clixster dimiliki oleh usahasama antara SAMATA COMMUNICATION SDN BHD dengan ANGKASA iaitu sebuah badan koperasi yang paling besar di Malaysia dari segi keanggotaan ahlinya dan juga pengaruh.

Anatara matlamat Clixster ialah
  1. Mewujudkan Rangkaian Telefon atau Telekomunikasi Mudah-Alih 3G untuk ANGKASA, Koperasi-Koperasi dan Ahli Koperasi.
  2. Membuka Ruang Perniagaan Baru kepada Sektor Koperasi-Koperasi dan Ahli Koperasi didalam Industri Telekomunikasi yang boleh menjana pendapatan yang tinggi.
  3. Membentuk 1 Jaringan, 1 Koperasi 1 Komuniti melalui penyelenggaraan database ahlinya secara yang lebih efisyen dan kos penggunaan yang minimum serta ke arah peningkatan gaya hidup mengikut perkembangan teknologi terkini.
  4. Membawa balik pendapatan daripada hasil penggunaan perkhidmatan telekomunikasi ahli-ahli koperasi sendiri untuk diagihkan melalui perkongsian pendapatan sesama ahli dan kopera
  5. Memberikan Caj perkhidmatan panggilan Clixster-Clixster secara percuma sesama komuniti. Pada masa yang sama caj perkhidmatan panggilan kepada Telco lain adalah amat kompetitif dan rendah.
  6. Memberikan kemudahan perkhidmatan pembayaranatas talian (Mobile Payment, Mobile Banking, E-Tiket, E-PerniagaanE-Wallet, E-Bonus dan Program Kesetiaan) untuk semua transaksi Clixster-MyAngkasa yang digabungkan dengan kad keahlian ANGKASA secara digital yang menggunakan teknologi imbasan NFC.
  7. Setiap ahli-ahli koperasi yang menggunakan perkhidmatan Clixster – MyAngkasa akan dilindungi insuran – PA syariah takaful bernilai RM 100,000.00

Ganjaran Menanti Bakal Reseller Clixster

CLIXSTER menawarkan pakej komisyen yang amat berpatutan kepada reseller yang dilantik. Mungkin banyak perbezaan yang ditawarkan oleh CLIXSTER jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh Telco-telco lain termasuk Celcom, DiGi, Maxis mahu pun U-mobile.

Dalam masa yang sama, pendekatan kaedah pemasaran yang diambil oleh CLIXSTER adalah bebeza dengan Telco-telco tersebut dengan CLIXSTER memperkenalkan konsep mobile stokist untuk memudahkan reseller membuat promosi dan jualan di mana sahaja mengikut kesesuaian dan kesanggupan. Dibekalkan dengan "mobile kiosk" yang mempamerkan logo dan trademark CLIXSTER pada keseluruhan kiosk tersebut akan memudahkan para pelanggan mengenali reseller ini di mana jua.

Difahamkan juga, reseller dibekalkan dengan uniform yang standard, flyers serta banting untuk lebih menyerlahkan lagi penampilan Image atau kehadiran CLIXSTER terutama di sesuatu kawasan yang menjadi tempat tumpuan orang ramai.


Dengan kemudahan yang sedemikian dan prasarana yang unik ini dibantu pula dengan pengiklanan yang meluas melalui media masa elektronik dan cetak, hebahan-hebahan dan sebagainya sudah tentu memberikan keyakinan kepada para usahawan atau individu yang bakal menceburkan diri sebagai RESELLER CLIXSTER.

Peluang Menjadi Rakan Niaga CLIXSTER

Kami, MyClixster Mobile Network adalah Pengedar Negeri CLIXSTER bagi seluruh Negeri Terengganu. Sebagai Dealer Negeri, kami dipertanggung-jawabka12356sdfMencari seramai mungkin individu dan juga usahawan yang berminat untuk menjadi "stokis" atau "RESELLER" untuk memasarkan produk2 perkhimatan Clixster yang bakal diperkenalkan sekitar Mac 2012 ini.
  • Memberi khidmat nasihat termasuk mengendalikan Latihan-latihan yang berkaitan dengan produk-produk CLIXSTER dari segi penggunaan dan juga teknik-teknik pemasaran yang berkesan.
  • Latihan-latihan ini  tertakluk kepada mana-mana individu atau usahawan yang telah berdaftar sebagai reseller atau stokis melalui pekerja tajaan mereka dan juga pemilik kepada reseller itu sendiri.
  • Menjadualkan promosi-promosi bergerak secara kelompok kepada Reseller yang berminat untuk bersama-sama di lokasi-lokasi yang bakal ditentukan nanti. Contoh lokasi yang bakal dikenal-pasti ialah seperti Pasaraya Besar dan tempat-tempat tumpuan ramai seperti ekspo-ekspo dan pasar-pasar malam/pagi/minggu.
  • Memberi khidmat teknikal kepada reseller-reseller.
  • Kesemua latihan-latihan yang disebutkan di atas akan dilakukan di Pejabat Utama kami di Gong Badak.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi RESELLER atau Stokis, sila berhubung dengan pejabat kami DI DINI

Hubungi Kami

Nama syarikat        
        
        MyClixster Mobile Network

Alamat  

        Lot 14953 Taman Sri Tembesu, Jalang Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

No Untuk Dihubungi

        Pengurus Operasi          |     En Bedin b Jusoh                |     Mobile No  : +60111.930.1898

        Pengurus Pemasaran     |     Hj. Mohd Nazri b Ramli     |     Mobile No  : +6010.9011.474   

e-mel

        myclixstermobile@gmail.com

Laman Sosial

        http://www.facebook.com/MyClixster Terengganu       

Jadual Latihan

Jadual Latihan dibahagikan kepada 2 :

1.   Jadual Latihan Teknikal
  • Penekanan berkaitan dengan penggunaan Mesin Point-Of-Sales
  • Pendaftaran Kad SIM Pengguna
  • Penggunaan Web Portal Clixster secara berkesan
2.   Jadual Latihan Pemasaran
  • Pengenalan kepada pakej-pakej tawaran CLIXSTER
  • Kaedah pemasaran berkesan
  • Peranan-peranan Reseller, Dealer dan Samata (Pembekal Perkhidmatan)
Selain daripada menyediakan jadual di laman ini, semua Reseller juga akan dihubungi melalui SMS, telefon dan e-mel serta merujuk kepada Laman Sosial Facebook yang bakal dikemas-kini dari semasa ke semasa.

Kenapa Memilih Clixster

Clixster menawarkan perkhidmatan talian mudah-alih yang kompetitif kepada pengguna seperti berikut:
  1. Panggilan percuma tanpa had untuk pengguna-pengguna talian Clixster yang membuat panggilan sesama rakan yang menggunakan talian Clixster juga dengan hanya membuat bayaran bulanan sebayak RM30.00 sahaja
  2. Jaminan panggilan keluar ke rangkaian Telco yang lain selain dari Clixster yang lebih murah berbanding dengan telco-telco mudah-alih yang yang lain.
  3. Perlindungan Insuran Kemalangan Takaful sehingga RM100,000.00 untuk setiap pengguna talian Clixster.
  4. Menawarkan perkhidmatan internet jalur lebar mudah-alih bulanan terpantas dan tanpa had dengan yuran bulanan yang amat-amat kompetitif
  5. Menyediakan portal internet yang interektif yang membolehkan setiap pengguna membuat ekses untuk mendapat pelbagai maklumat tambahan seperti perbankan, perkhidmatan E-Wallet dan sebagainya.

Pengedar Terus Rangkaian CLIXSTER Terengganu

Mac 2012 ini. InsyaAllah satu revolusi baru dalam penyediaan perkhidmatan sistem telekomunikasi mudah-alih di mana satu rangkaian baru akan mula beroperasi di Malaysia.

Dikenali sebagai CLIXSTER, penjenamaan baru ini akan memberi sesuatu yang lebih baru dengan penuh inovasi di samping memberikan pelanggan satu pulangan yang amat munasabah dan mampu-milik oleh sebilangan besar pengguna telefon mudah-alih di Malaysia.

Dilesenkan oleh MCMC dengan taraf MVNO, CLIXSTER yang ditunjangi oleh ANGKASA yang menggabungkan teknologi yang dibekalkan oleh SAMATA COMMUNICATIONS SDN BHD.

Kami, MyClixster Mobile Network merupakan Pengedar Clixster Peringkat Negeri Terengganu yang berdaftar secara terus dengan Clixster Malaysia, juga merupakan "Open Dealer" yang tidak terikat dengan mana-mana MASTER-KEY-DEALER.

Peranan kami sebagai Open Dealer ialah untuk melahirkan seramai mungkin RESELLER-RESELLER yang bakal berhubungan terus dengan pelanggan-pelanggan atau pengguna telefon mudah-alih di seluruh Terengganu khasnya dan di Malaysia ammya.

Dengan tawaran-tawaran dan pakej yang menarik dan kompetitif kepada bakal-bakal reseller ini, CLIXSTER mampu bersaing secara sihat dengan mana-mana pembekal rangkaian talian mudah-alih yang sedia ada ini. Pelbagai ganjaran yang diberikan kepada reseller ini merupakan satu kaedah yang berbentuk insentif bagi menjamin reseller juga bakal merubah sosio-ekonominya yang tersendiri.

Bagi pelanggan dan pengguna Clixster pula, pelbagai tawaran menarik menanti bakal-bakal pengguna di mana pengguna bebas untuk memiliki nombor talian yang baru ataupun mahu menggunakan nombor talian yang sedia ada. Apa yang pasti ialah, bukan sahaja pengguna dapat menjimatkan perbelanjaan penggunaan telefon, malah mereka bakal menikmati pelbagai inovasi terbaru berkaitan dengan teknologi telefon mudah-alih ini.

Di samping memfokuskan kepada penggunaan teknologi telefon mudah-alih ini, CLIXSTER juga bakal memperkenalkan satu produk unggul sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat terkini dengan penggunaan mesin "POINT-OF-SALES" ataupun dikenali dengan nama POS yang akan menggunakan teknologi perkhidmatan "ATAS TALIAN MUDAH-ALIH" mencakupi pembelian, pembayaran dan penjualan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila hubungi pegawai pemasaran kami dan kami sentiasa bersedia untuk memperkenalkan perkhidmatan CLIXSTER kepada anda.

Pengurus Operasi
    En Bedin b Jusoh
    Mobile   :  6011-1930 1898

Pengurus Pemasaran
    Hj Mohd Nazri b Ramli
    Mobile   : 6010-9011 474

Pejabat Kami
     Lot 14953 Taman Sri Tembesu
     Jalan Gong Badak
     21300 Kuala Terengganu
     Terengganu.

e-mel
       myclixstermobile@gmail.com




 

© Copyright MyClixster Mobile Network . All Rights Reserved.

Designed by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine

Blogger Template created by Deluxe Templates