Pra Pendaftaran Sebagai Reseller Clixster


Contact form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Pengenalan Ringkas Starter Pack Clixster


Maklumat Pengguna yang menggabungkan data Jabatan Pendaftaran Negara dan Profil SIM Card

Apakah Itu Clixster?

merupakan satu penjenamaan baru dalam bidang telekomunikasi mudah-alih di Malaysia. Clixster dimiliki oleh usahasama antara SAMATA COMMUNICATION SDN BHD dengan ANGKASA iaitu sebuah badan koperasi yang paling besar di Malaysia dari segi keanggotaan ahlinya dan juga pengaruh.

Anatara matlamat Clixster ialah
  1. Mewujudkan Rangkaian Telefon atau Telekomunikasi Mudah-Alih 3G untuk ANGKASA, Koperasi-Koperasi dan Ahli Koperasi.
  2. Membuka Ruang Perniagaan Baru kepada Sektor Koperasi-Koperasi dan Ahli Koperasi didalam Industri Telekomunikasi yang boleh menjana pendapatan yang tinggi.
  3. Membentuk 1 Jaringan, 1 Koperasi 1 Komuniti melalui penyelenggaraan database ahlinya secara yang lebih efisyen dan kos penggunaan yang minimum serta ke arah peningkatan gaya hidup mengikut perkembangan teknologi terkini.
  4. Membawa balik pendapatan daripada hasil penggunaan perkhidmatan telekomunikasi ahli-ahli koperasi sendiri untuk diagihkan melalui perkongsian pendapatan sesama ahli dan kopera
  5. Memberikan Caj perkhidmatan panggilan Clixster-Clixster secara percuma sesama komuniti. Pada masa yang sama caj perkhidmatan panggilan kepada Telco lain adalah amat kompetitif dan rendah.
  6. Memberikan kemudahan perkhidmatan pembayaranatas talian (Mobile Payment, Mobile Banking, E-Tiket, E-PerniagaanE-Wallet, E-Bonus dan Program Kesetiaan) untuk semua transaksi Clixster-MyAngkasa yang digabungkan dengan kad keahlian ANGKASA secara digital yang menggunakan teknologi imbasan NFC.
  7. Setiap ahli-ahli koperasi yang menggunakan perkhidmatan Clixster – MyAngkasa akan dilindungi insuran – PA syariah takaful bernilai RM 100,000.00

Ganjaran Menanti Bakal Reseller Clixster

CLIXSTER menawarkan pakej komisyen yang amat berpatutan kepada reseller yang dilantik. Mungkin banyak perbezaan yang ditawarkan oleh CLIXSTER jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh Telco-telco lain termasuk Celcom, DiGi, Maxis mahu pun U-mobile.

Dalam masa yang sama, pendekatan kaedah pemasaran yang diambil oleh CLIXSTER adalah bebeza dengan Telco-telco tersebut dengan CLIXSTER memperkenalkan konsep mobile stokist untuk memudahkan reseller membuat promosi dan jualan di mana sahaja mengikut kesesuaian dan kesanggupan. Dibekalkan dengan "mobile kiosk" yang mempamerkan logo dan trademark CLIXSTER pada keseluruhan kiosk tersebut akan memudahkan para pelanggan mengenali reseller ini di mana jua.

Difahamkan juga, reseller dibekalkan dengan uniform yang standard, flyers serta banting untuk lebih menyerlahkan lagi penampilan Image atau kehadiran CLIXSTER terutama di sesuatu kawasan yang menjadi tempat tumpuan orang ramai.


Dengan kemudahan yang sedemikian dan prasarana yang unik ini dibantu pula dengan pengiklanan yang meluas melalui media masa elektronik dan cetak, hebahan-hebahan dan sebagainya sudah tentu memberikan keyakinan kepada para usahawan atau individu yang bakal menceburkan diri sebagai RESELLER CLIXSTER.

Peluang Menjadi Rakan Niaga CLIXSTER

Kami, MyClixster Mobile Network adalah Pengedar Negeri CLIXSTER bagi seluruh Negeri Terengganu. Sebagai Dealer Negeri, kami dipertanggung-jawabka12356sdfMencari seramai mungkin individu dan juga usahawan yang berminat untuk menjadi "stokis" atau "RESELLER" untuk memasarkan produk2 perkhimatan Clixster yang bakal diperkenalkan sekitar Mac 2012 ini.
  • Memberi khidmat nasihat termasuk mengendalikan Latihan-latihan yang berkaitan dengan produk-produk CLIXSTER dari segi penggunaan dan juga teknik-teknik pemasaran yang berkesan.
  • Latihan-latihan ini  tertakluk kepada mana-mana individu atau usahawan yang telah berdaftar sebagai reseller atau stokis melalui pekerja tajaan mereka dan juga pemilik kepada reseller itu sendiri.
  • Menjadualkan promosi-promosi bergerak secara kelompok kepada Reseller yang berminat untuk bersama-sama di lokasi-lokasi yang bakal ditentukan nanti. Contoh lokasi yang bakal dikenal-pasti ialah seperti Pasaraya Besar dan tempat-tempat tumpuan ramai seperti ekspo-ekspo dan pasar-pasar malam/pagi/minggu.
  • Memberi khidmat teknikal kepada reseller-reseller.
  • Kesemua latihan-latihan yang disebutkan di atas akan dilakukan di Pejabat Utama kami di Gong Badak.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi RESELLER atau Stokis, sila berhubung dengan pejabat kami DI DINI

Hubungi Kami

Nama syarikat        
        
        MyClixster Mobile Network

Alamat  

        Lot 14953 Taman Sri Tembesu, Jalang Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

No Untuk Dihubungi

        Pengurus Operasi          |     En Bedin b Jusoh                |     Mobile No  : +60111.930.1898

        Pengurus Pemasaran     |     Hj. Mohd Nazri b Ramli     |     Mobile No  : +6010.9011.474   

e-mel

        myclixstermobile@gmail.com

Laman Sosial

        http://www.facebook.com/MyClixster Terengganu       

Jadual Latihan

Jadual Latihan dibahagikan kepada 2 :

1.   Jadual Latihan Teknikal
  • Penekanan berkaitan dengan penggunaan Mesin Point-Of-Sales
  • Pendaftaran Kad SIM Pengguna
  • Penggunaan Web Portal Clixster secara berkesan
2.   Jadual Latihan Pemasaran
  • Pengenalan kepada pakej-pakej tawaran CLIXSTER
  • Kaedah pemasaran berkesan
  • Peranan-peranan Reseller, Dealer dan Samata (Pembekal Perkhidmatan)
Selain daripada menyediakan jadual di laman ini, semua Reseller juga akan dihubungi melalui SMS, telefon dan e-mel serta merujuk kepada Laman Sosial Facebook yang bakal dikemas-kini dari semasa ke semasa.
 

© Copyright MyClixster Mobile Network . All Rights Reserved.

Designed by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine

Blogger Template created by Deluxe Templates