Ganjaran Menanti Bakal Reseller Clixster

CLIXSTER menawarkan pakej komisyen yang amat berpatutan kepada reseller yang dilantik. Mungkin banyak perbezaan yang ditawarkan oleh CLIXSTER jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh Telco-telco lain termasuk Celcom, DiGi, Maxis mahu pun U-mobile.

Dalam masa yang sama, pendekatan kaedah pemasaran yang diambil oleh CLIXSTER adalah bebeza dengan Telco-telco tersebut dengan CLIXSTER memperkenalkan konsep mobile stokist untuk memudahkan reseller membuat promosi dan jualan di mana sahaja mengikut kesesuaian dan kesanggupan. Dibekalkan dengan "mobile kiosk" yang mempamerkan logo dan trademark CLIXSTER pada keseluruhan kiosk tersebut akan memudahkan para pelanggan mengenali reseller ini di mana jua.

Difahamkan juga, reseller dibekalkan dengan uniform yang standard, flyers serta banting untuk lebih menyerlahkan lagi penampilan Image atau kehadiran CLIXSTER terutama di sesuatu kawasan yang menjadi tempat tumpuan orang ramai.


Dengan kemudahan yang sedemikian dan prasarana yang unik ini dibantu pula dengan pengiklanan yang meluas melalui media masa elektronik dan cetak, hebahan-hebahan dan sebagainya sudah tentu memberikan keyakinan kepada para usahawan atau individu yang bakal menceburkan diri sebagai RESELLER CLIXSTER.

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright MyClixster Mobile Network . All Rights Reserved.

Designed by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine

Blogger Template created by Deluxe Templates